Latihan industri ini amat penting kepada pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Dari sinilah titik permulaan bagi mereka untuk menjadi pekerja yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman. Melalui latihan ini jugalah potensi seseorang itu dapat dilihat. Dari latihan dan tunjuk ajar pelajar dapat mempelajari banyak perkara sebagai petunjuk bagi mereka pada masa akan datang.
Penyelia latihan juga perlu mempertingkatkan beberapa aspek yang penting kepada pelajar. Antaranya kaedah menjalani sesuatu tugas atau Standard Operating Procedure untuk keselamatan semasa menjalani latihan. Ini amat penting sebagai jaminan kepada para pelajar agar keselamatan diri mereka terjaga. Disiplin juga perlu diterapkan kepada para pelajar agar mereka lebih bertanggungjawab di alam pekerjaan yang sebenar.
Pelajar juga haruslah memberi komitmen yang bagus semasa berada dalam latihan industri. Ini bagi menjaga nama baik institute dan juga para pelajar sendiri. Disiplin perlu diterapkan dalam diri pelajar. Para pelajar juga haruslah memberi kerjasama dan meningkatkan daya kemahiran dalam diri masing-masing.