Dari latihan industri ini, saya dapat menimba banyak pengalaman dan juga menambah pengetahuan dalam bidang pekerjaan. Melalui latihan ini saya mendapat pendedahan baru dan mempelajari perkara baru yang tidak diperoleh semasa berada di institut.
Dalam tempoh 6 bulan, saya mendapat pengalaman yang berharga dan akan saya gunakan di alam pekerjaan yang sebenar nanti. Di sini saya dapat meningkatkan daya kemahiran saya sendiri dan melatih diri agar berkeyakinan lebih tinggi. Selain itu, saya juga diajar untuk memberi pendapat, melahirkan idea-idea baru dan mencetuskan idea-idea kreatif untuk mempertingkatkan prestasi kerja.
Apa yang penting adalah, melalui latihan ini saya melatih diri saya sendiri untuk lebih berdisiplin dan mengikut arahan. Komunikasi juga penting untuk melatih para pelatih berkeyakinan untuk berhadapan dengan masalah yang timbul.
Dengan itu, saya berharap agar latihan industri ini terus berjalan dan diwajibkan kepada semua pelajar kerana ianya amat penting untuk masa depan mereka.