Skip to main content

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


          Persaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini. Melalui latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar juga memperoleh pelbagai faedah dari latihan industri antaranya adalah:

  • Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama 20 minggu, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu hari kelak.
  • Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak.  Ia membantu meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar. 
  • Dengan adanya pengalaman selama 20 minggu menjalani latihan industri, para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak.  Ia membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya. 
  • Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar politeknik sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri. 
  • Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri para pelajar supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam firma atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja.
  • Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup hormat-menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja.  Sifat ini penting bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang konflik di antara pekerja.
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan firma agar tidak dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta mendidik menjadi seorang yang lebih disiplin.
  • Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah mendidik pelajar agar lebih bersikap profesional, dinamik dan kreatif.